Thursday, 9 April 2020

Kek coklat moist confirm jadi..

Bismillahirrahmanirrahim.

Dah lama sangat tak buat kek ni.. Rasenye dah bertahun-tahun. Baby Abdullah makan kek ni for the first time umur 2 tahun setgh. Memang dah lama tak buat. Dulu mase bujang siap buat juai lagi.. Gigih tau..senang je buatnye.. 

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair Dutch Lady
1 cawan minyak
3/4 cawan gula caster
3/4 cawan krimer manis

Campurkan semua bahan A dalam periuk, whisk atas api kecil, bagi sebati shj, lebih kurang 5 minit, bagi gula larut. Biarkan sat. Sediakan Bahan B pula sementara tu. 

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat soda
1 sudu teh baking powder
Ayak bersama bahan B

Bahan C
4 biji telur gred A
Blend telur dengan blender dalam 2-3 minit

Campurkan Bahan B & C selang seli dalam Bahan A. Kacau sebati, sat saje. Dah siap. 

Sediakan pengukus. Panaskan air sampai menggelegak. Sediakan loyang. Kite guna loyang 8x8 inci, lapik dengan kertas minyak, buh minyak masak 1 sudu, bagi kertas minyak melekat, duk diam dalam loyang. 

Bila air dalam pengukus dah menggelegak, masukkan loyang dalam pengukus, bagi perangat sat dalam beberapa saat.. Pastu tuangkan aduan kek tadi. Kukus selama 30-45 minit. Kite kukus 45minit.

Lepas 45minit, boleh cuba cucuk kek ngan lidi, kalau kering, maknanye kek dah masak..Kemudian kite buat topping nye plk, sementara bagi kek sejuk sikit. Anak2 tengok pun dah xsabar nau haa..


Topping:
100 gram keping coklat masakan beryl's 
1 sudu besar butter
1/3 cawan susu cair Dutch Lady

Double boil coklat masakan sampai cair, masukkan butter n susu cair. Tuang atas kek. Siap. Nak hias ngan coklat rice ke badam ke, ikut suka la..

Lupe nak ambik gambar bila dah potong. Huhu.. 



Resepi pankek simple-simple aje

Bismillahirrahmanirrahim.

Khamis, 9 April 2020

Malam ni tiber rajin nak buat pankek, sementara ada baki susu full cream Dutch Lady dalam peti ais ni ha..

Bahan A
2 cawan tepung gandum
4 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus
4 sudu besar gula caster

Campurkan dalam satu bekas, kacau sebati. 

Bahan B
2 biji telur A
1.5 cawan susu full cream
2 sudu teh esen vanilla
4 sudu besar minyak masak

Kacau telur guna whisk dalam 2-3 minit. Masukkan susu, esen vanilla n minyak masak, kacau sebati. Masukkan bahan A. Kacau sebati. Biarkan dalam 15 minit.

Die jadi buih2 gitew.. Kite guna acuan, beli kat Pasar Kedai Payang mase g Tganu tahun lps. Hehe.. Panaskan acuan, Buh butter sikit, tuang la aduan.. Masak dlm beberapa minit je. Jangan sampai hangus plk.. Hehe.. Kite dapat 15biji pankek utk 1 adunan ni.. Ok la kan..



Gebu gitew.. Makan ngan madu n butter.

Kat Mekah @ Hyatt Regency Jabal Omar, kami makan pankek ngan Nutella..😭 Rindu nak jejak kaki ke Haramain lagi..