Thursday, 9 April 2020

Resepi pankek simple-simple aje

Bismillahirrahmanirrahim.

Khamis, 9 April 2020

Malam ni tiber rajin nak buat pankek, sementara ada baki susu full cream Dutch Lady dalam peti ais ni ha..

Bahan A
2 cawan tepung gandum
4 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus
4 sudu besar gula caster

Campurkan dalam satu bekas, kacau sebati. 

Bahan B
2 biji telur A
1.5 cawan susu full cream
2 sudu teh esen vanilla
4 sudu besar minyak masak

Kacau telur guna whisk dalam 2-3 minit. Masukkan susu, esen vanilla n minyak masak, kacau sebati. Masukkan bahan A. Kacau sebati. Biarkan dalam 15 minit.

Die jadi buih2 gitew.. Kite guna acuan, beli kat Pasar Kedai Payang mase g Tganu tahun lps. Hehe.. Panaskan acuan, Buh butter sikit, tuang la aduan.. Masak dlm beberapa minit je. Jangan sampai hangus plk.. Hehe.. Kite dapat 15biji pankek utk 1 adunan ni.. Ok la kan..



Gebu gitew.. Makan ngan madu n butter.

Kat Mekah @ Hyatt Regency Jabal Omar, kami makan pankek ngan Nutella..😭 Rindu nak jejak kaki ke Haramain lagi..


No comments:

Post a Comment