Monday, 7 June 2021

Resepi muffin pisang coklat yummie

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam PKPD. Oleh kerana ada beberapa biji pisang yang dah ranum kat rumah, boleh la kite cuba buat muffin pisang. Bahan-bahan pun senang je haa..Resepi credit to Anna Olson. Saya guna tepung roti sebab ade stok kat rumah. Resepi asal kate guna tepung kek/pastri.
Actually resepi ni lebih kurang je ngan resepi muffin coklat cip saye. Sedap hasilnye. Lebih sedap daripada muffin coklat biasa. Berbaloi buat. Anak² pun suke.

Bahan-bahan A:
4 biji pisang berangan (dilenyek)
150g gula castor
115g unsalted butter (dicairkan)
2 biji telur A
1 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan B: (diayak bersama)
2 cawan tepung roti
Setgh cawan serbuk koko
2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil baking soda
Setgh sudu kecil garam ( kalau guna salted butter, tak perlu tambah garam)

50gram coklat cip

Cara-cara:
1. Lenyekkan pisang dlm mangkuk, masukkan gula castor dan butter yang telah dicairkan. Kacau sebati guna whisk. 

2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati.

3. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit dalam mangkuk adunan. Masukkan coklat cip. Kacau sampai sebati.

4. Panaskan oven 180°c.

5. Scoopkan adunan ke dalam muffin cup 3suku penuh.

6. Bakar selama 25minit @ 180°c. Lepas 25 minit biarkan muffin stay dalam oven for 10 minit. Kemudian boleh la keluarkan.

Selamat menjamu selera. 

No comments:

Post a Comment