Wednesday, 11 August 2021

Resepi Burnt Cheesecake Mudah Gitewww

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mase bulan Ramadan yang lalu, after tarawih kat masjid, kami singgah kedai baru, tak berape jauh dari masjid. Tiap² kali lepas tarawih, kedai ni crowded. Jadi teringin nak tengok, die jualan apa yaa..

Omg semua ni burnt cheesecake. Ada original, marble, pandan n Bandung. Pulak tu depa bagi promo RM15 per 2 pieces. Kami dah lama tak menyinggah Secret Resepi tambah² bulan puasa. Mana nak lalu tekak pun. 
Cheesecake depa ni nampak tempting. Hehe. Jadi kite pun beli la 4 pieces terus. Yang marvel tu paling sedap tau. Macam mana depa buat cantik je bahagian atas tu ye????

4 pieces RM30, makan share². Kalau buat sendiri, baru puas makan kan.. So ni kite share resepi Burnt Cheesecake yang kite ubahsuai sikit. Tengok kat YouTube orang jepun buat. Resepi² yang ade lebih kurang je kite tengok. Ikut lah citarase masing².

Bahan-bahan:
500g Tatura cream cheese (pada suhu bilik)
150g gula caster
3 biji telur size A
1 sudu kecil esen vanilla
400g whipping cream
2 sudu besar lemon juice

Saya guna spatula sahaja dari awal sampai siap adunan cheesecake ni. (Lenguh gak tangan, beb. Hehe) Nak guna whisk masa adunkan telur tu, ikut suka.

Cara-cara:
1. Campurkan cream cheese dan gula caster sehingga sebati. 
2. Masukkan telur dan esen vanilla, kacau sebati.
3. Masukkan whipping cream, kacau sebati. 4. Jangan lupe masukkn lemon juice. 
Adunan ni cair je ye.
5. Sediakan loyang dilapisi dengan baking paper. Panaskan oven pada suhu 220°c kemudian bakar selama 50 minit-1 jam.




Bila dah siap bakar, biarkan kek sejuk selama 1-2jam dlm oven kemudian masukkn dalam peti ais. Dah sejuk, boleh la potong. 

Selamat mencuba.

Update 7 April 2023.

Kalau nak buat Baked Chocolate Cheesecake, cairkan 250g Beril's dark chocolate coin. Then, mix dgn whipping cream, baru masukkan dalam adunan cheese. 

Saya baru try.. :) 







No comments:

Post a Comment